MELAKA: Jabatan Penjara Malaysia mengambil pendekatan dengan menjadikan institusi penjara sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan (CHCDC) yang menekankan kepada pemulihan berimpak tinggi bagi mengembalikan insan tersasar kembali menjadi warganegara patuh kepada undang-undang.
Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Datuk Ibrisam Abdul Rahman berkata penjara juga kini bukan hanya dijadikan sebagai tempat menghukum semata-mata, tetapi turut ditransformasikan sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada pesalah mengikuti pembelajaran sama ada pendidikan ataupun latihan kemahiran.
"Di dalam tirai besi ini kita mengubah pesalah jenayah undang-undang kepada insan yang lebih beradab iaitu dengan menerapkan disiplin, kerohanian dan pendidikan dengan menjadikan penjara sebagai institusi pendidikan yang turut mempunyai guru-guru, pegawai psikologi dan doktor membimbing mereka.
"Menerusi program dirangka dengan kerjasama lain-lain jabatan dan agensi serta syarikat ataupun badan bukan kerajaan (NGO), kita menjadikan mereka terlatih dan berkemahiran di samping berharap majikan di luar dapat mengambil bekas banduan bekerja kerana tiada beza mereka dengan orang awam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Projek Reben Kuning yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dr K. Nagulendran di sini semalam, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Mohd Azhari Mohammad dan Pengarah Penjara Melaka Datuk Roslan Mohamed di Sekolah Henry Gurney Telok Mas.
Mengulas lanjut, Ibrisam berkata usaha dijalankan Jabatan Penjara menerusi kerjasama strategik ini diharap membuahkan kecemerlangan dan dapat merangsang perubahan positif khususnya mengurangkan stigma masyarakat terhadap penghuni penjara.
Beliau berkata sebagai contoh, Sekolah Henry Gurney mempunyai program pelepasan berlesen dan sebelum tamat hukuman, penghuni akan ditempatkan dalam industri untuk bekerja seperti di sektor perladangan ataupun restoran.
"Apabila mereka dapat peluang itu kebanyakannya diambil bekerja oleh majikan dan ia dapat membantu mereka menjalani kehidupan lebih baik dan selaras dengan matlamat Jabatan Penjara untuk mengurangkan pengulangan jenayah.
"Kita dapati banduan yang mengikuti program bersama komuniti ini kadar pengulangan jenayah amat rendah hanya satu peratus berbanding mereka yang bebas dari penjara iaitu 18 peratus mengulangi kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Ibrisam yang ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Projek Riben Kuning di Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka, 29 Nov 2023. --fotoBERNAMA
Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
[TERKINI] Dagangan sekuriti MAHB digantung, menanti pengumuman penting
MAHB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata permohonan penggantungan itu sudah diluluskan. Penggantungan itu berlaku di tengah-tengah laporan bahawa penswastaan MAHB sedang dijalankan.
Kes lelaki Israel: Tiga warga asing dihantar pulang ke negara asal
Tiga lelaki warga asing yang dibebaskan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol dan 200 peluru, telah dihantar ke negara asal.
Palang Merah buka hospital medan di Rafah
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.
Aston Villa kembali ke UCL selepas 41 tahun
Pasukan bimbingan Unai Emery itu tidak pernah bermain dalam kejohanan kelab utama Eropah berkenaan sejak musim 1982-83.
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
Aidilfitri: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada raya ketiga, keempat
Keluarga penghuni penjara dibenar membuat lawatan sempena Aidilfitri tahun ini pada raya ketiga dan keempat.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas 27 dan 28 Dis
Keluarga kepada semua penghuni di bawah institusi Jabatan Penjara dibenarmembuat lawatan sempena perayaan Krismas pada 27 dan 28 Dis ini.
Jabatan Penjara tumpu pemulihan berimpak tinggi menerusi CHCDC
Penjara kini bukan hanya dijadikan sebagai tempat menghukum semata-mata, tetapi turut ditransformasikan sebagai institusi pendidikan.
Jabatan Penjara pelawa NGO beri khidmat kaunseling kepada penghuni
Jabatan Penjara menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam memberikan khidmat kaunseling kepada penghuni yang menjalani hukuman penyalahgunaan dadah.
Jabatan Penjara nafi Saifuddin Nasution terlibat urusan tender
Jabatan Penjara menafikan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam urusan tender pembekalan kain penjara seperti yang ditularkan di media sosial.
Banduan penjara zon merah dipindah ke zon hijau atasi kesesakan
Jabatan Penjara melaksanakan pemindahan penempatan banduan bagi penjara yang dikategorikan zon merah atau kuning.
Jabatan Penjara perkasa program, sistem bagi tangani kesesakan
Jabatan Penjara akan memperkasakan lagi program dan sistem kendaliannya sebagai usaha menangani isu kesesakan di dalam penjara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Jabatan Penjara buat penilaian sebelum benar banduan jalani pemulihan dalam komuniti
Bukan semua banduan akan dibawa keluar tapi ia berpandu kepada tahap pemulihan yang mereka telah capai.
Jabatan penjara benar lawatan keluarga sempena perayaan Tahun Baharu Cina
Keluarga kepada penghuni penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dibenar melawat sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina.